SYDNEY: Gempa kuat 6.9 magnitud melanda perairan Kepulauan Vanuatu di Lautan Pasifik Selatan, gempa susulan kedua sejak beberapa hari lalu namun tiada ancaman tsunami dilaporkan setakat ini. Menurut Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku di kedalaman 32 kilometer (km) dan di 109 km di barat Sola di Pulau Vanua Lava dan 453 km dari ibu negara, Port Vila. Ia adalah kejadian gempa ketiga melanda wilayah itu dalam tempoh seminggu ini dengan saiz kekuatan sama gempa pada Ahad dan Rabu lalu. "Dua gempa sebelum ini tidak membawa sebarang kerosakan dan kali ini keadaan sama dijangkakan," kata pakar geosains Australia, Spiro Spiliopoulos.