suria

Warga Malaysia Dituduh Membunuh Di Singapura

Wanita berusia 28 tahun ini ditemui mati di sebuah flat di Circuit Road bulan lalu.

SINGAPURA: Seorang warga Malaysia dihadapkan di Mahkamah Daerah pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang wanita berumur 28 tahun di sebuah flat di Circuit Road bulan lalu, lapor laman web The Straits Times.

Boh Soon Ho, 47, didakwa membunuh Zhang Huaxiang yang dipercayai teman wanitanya antara 12.54 tengah hari pada 21 Mac dan 8.40 malam pada hari berikut, menurut laporan itu.

Boh dilapor tidak membuat rayuan terhadap pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin.

Pihak pendakwa polis berjaya memperoleh perintah reman ke atas Boh untuk siasatan lanjut sebelum dia dihadapkan semula di mahkamah pada 14 April.

Laporan itu menyebut Boh ditahan polis Malaysia di Tambak Johor pada Isnin dan diserahkan kepada polis Singapura pada hari berikut.

Jika didapati bersalah dia boleh dihukum mati mandatori.

kes bunuh, Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain