suria

Empat Cedera Letupan Di Lapangan Terbang Shanghai

SHANGHAI:  Seorang lelaki bertindak melemparkan botol yang mengandungi bahan letupan buatan sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai, mengakibatkan empat orang cedera sebelum suspek cuba untuk membunuh dirinya sendiri, kata pihak berkuasa.

Menurut kerajaan Shanghai dalam satu kenyataan, lelaki berkenaan bertindak sedemikian berdekatan dengan kaunter daftar masuk di Terminal Dua lapangan terbang itu.

Suspek kemudiannya mengeluarkan pisau dan cuba mengelar lehernya.

Menurut kenyataan itu, suspek bagaimanapun dimasukkan ke hospital dan kini dalam keadaan kritikal.

Tambah kenyataan kerajaan Shanghai menerusi microblog rasminya, empat penumpang cedera dalam insiden itu.

Menurut agensi berita Xinhua, mangsa termasuk seorang lelaki dari Filipina, seorang lelaki berusia 67 tahun dan seorang wanita berumur 64 tahun, kedua-duanya warga China.

Warganegara mangsa keempat bagaimanapun tidak dijelaskan. - AFP


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain