suria

Aktivis Politik Kemboja Ditembak Mati

Kem Ley maut ditembak di sebuah stesen minyak di Phnom Penh.

PHNOM PENH: Seorang aktivis politik yang lantang mengkritik kerajaan Kemboja iaitu Kem Ley maut ditembak.

Mangsa ditembak di sebuah stesen minyak selepas dipercayai berlaku pertikaian mengenai wang.

Seorang suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Berikutan kematian aktivis politik terkenal di Kemboja itu, penyokongnya bertindak mengiringi jenazah mendiang ketika dibawa ke sebuah kuil di sini.

Pembunuhan itu berlaku ketika hubungan antara pembangkang dan kerajaan semakin tegang menjelang pilihan raya umum yang akan diadakan pada tahun depan.

Kem Ley terlibat secara aktif dengan politik peringkat akar umbi selain aktivis yang lantang mengkritik Perdana Menteri Hun Sen.

Kemboja

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain