suria

Polis Rio Culik, Peras Ugut Atlet New Zealand

Jason Lee

RIO DE JANEIRO: Dua polis bersenjata didakwa menculik dan memeras ugut atlet jiu-jitsu dari New Zealand, di sini menjelang kejohanan Sukan Olimpik yang akan bermula pada 5 Ogos ini.

Kejadian itu disahkan Polis Tentera Brazil (PM) sebaik anggota polis terlibat ditahan.

"Kes ini sedang disiasat dan mereka bakal berdepan tindakan disiplin dan seterusnya jika terbukti bersalah.

"Kami tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku yang boleh mencalarkan imej 50,000 anggota lain yang memerangi jenayah pada setiap hari," kata jurucakap pasukan itu.

Sementara itu, mangsa, Jason Lee berkata, dua lelaki berpakaian seragam polis menaiki motosikal bertindak menghalang kereta sewa dinaikinya ketika pulang dari kejohanan jiu-jitsu.

"Mereka turut meminta AS$608 (RM2,482) sebagai 'bayaran denda' selepas mendakwa dokumen saya tidak sah. Saya menjelaskan tidak mempunyai wang sebanyak itu, namun mereka bertindak membawa saya ke sebuah pos polis dan disuruh menaiki sebuah kereta bersama salah seorang daripadanya ke mesin ATM," jelasnya.

Menurutnya lagi, dia telah membuat aduan ke balai polis berhampiran tidak lama selepas insiden itu, lapor AFP.



Olimpik, Rio, New Zealand

Artikel Berikut

Artikel Lain