suria

Tiada Lagi Keutamaan Buat Pesawat Presiden Filipina

Rodrigo Duterte. Foto AP

MANILA: Pesawat Presiden Filipina tidak lagi diberi keutamaan di lapangan terbang di negara itu, dan perlu mengikut giliran semasa berlepas dan mendarat seperti penerbangan biasa yang lain.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP), Antonio Buendia Jr berkata, memorandum itu selari dengan arahan Presiden, Rodrigo Duterte supaya memansuhkan keutamaan terhadap penerbangannya.

Arahan memorandum itu ditujukan kepada ketua dan pengurus di semua lapangan terbang yang diuruskan CAAP, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Manila. – Philippines Inquirer/Asia News Network

Rodrigo Duterte

Artikel Sebelum

PM Jepun Rombak Kabinet 3 Ogos

Artikel Lain