suria

Enam Maut Akibat Tanah Runtuh Selepas Dilanda Ribut Tropika Earl

MEXICO: Enam maut di timur Mexico dalam satu kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat dan membawa ribut tropika Earl pada Sabtu, lapor pegawai perkhidmatan kecemasan.

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Manuel Escalera, enam kematian itu melibatkan dua keluarga berasingan yang menetap di timur Veracruz.

Tambahnya pihak berkuasa tempatan sedang memantau paras air di sungai berdekatan dan juga struktur tanah yang boleh mencetuskan tanah runtuh.

Sementara itu, Pusat Hurikan Kebangsaan yang berpangkalan di Miami memaklumkan angin Earl mencatat sehingga 30 mph (48 kmh) pada tengah hari Sabtu.

Peramal kaji cuaca mengeluarkan amaran bahawa ribut tersebut boleh menghasilkan banjir kilat berbahaya dan hujan lebat sehingga 18 inci (30cm) di beberapa kawasan seperti Guerrero, Hidalgo, Oaxaca, Puebla, Tlaxcula dan Veracruz.

Terdahulu, ribut tropika Earl melanda Belize sehingga mengakibatkan tingkap kereta pecah dan bumbung rumah kayu tercabut serta beberapa pokok tumbang sehingga membanjiri pantai timur. -Reuters

Mexico, Ribut Earl

Artikel Sebelum

Artikel Lain