suria

Kembar Siam Perempuan Lahir Di Surabaya

SURABAYA: Sepasang bayi kembar siam dilahirkan bercantum pada badan, manakala leher dan kepala berasingan di Jawa Timur pada Isnin lalu.

The Daily Mail UK melaporkan, bayi perempuan seberat 4.2 kilogram itu bagaimanapun berkongsi organ dalaman.

Pasangan itu didiagnosis sebagai kembar separa yang dikenali sebagai parapagus dicephali.

Mereka kini sedang dirawat di Hospital Ibnu Sina Agung berikutan masalah pernafasan.

Sementara itu, Kompas.com pula melaporkan bayi pasangan Dianto, 32, dan isterinya, Sri Wahyuni, 33 itu dilahirkan secara pembedahan.

Berukuran 43 sentimeter panjang, keluarga itu menetap di Jalan Kapten Darmo Sugondo, kecamatan Kebomas, Gresik. 

Menurut Mayo Clinic, kejadian kembar siam mungkin disebabkan oleh mutasi genetik pada awal kehamilan, di mana embrio yang sepatutnya menghasilkan kembar seiras tidak berpecah dengan betul dan berkembang menjadi dua individu.

Terdapat juga teori lain yang mengatakan bahawa kembar siam adalah hasil daripada dua embrio yang berasingan bersatu ketika fasa perkembangan awal.

Kembar siam jarang berlaku dan hanya berlaku sekali setiap 200,000 kelahiran hidup. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain