suria

Raksasa Pokemon Go Didakwa Rogol Wanita Russia

MOSCOW: Seorang wanita di sini membuat laporan polis kerana mendakwa salah satu watak raksasa kartun permainan Pokemon Go cuba merogolnya.

Cubaan serangan seksual itu dilakukan di bilik tidur pangsapurinya di sini.

Wanita berkahwin yang namanya dirahsiakan itu juga mendakwa kejadian itu berlaku apabila dia tertidur apabila terlalu leka dan penat bermain Pokemon Go.

Dakwanya lagi, sebaik terjaga dari tidur, raksasa Pokemon itu berada di atas badannya.

Bagaimanapun, kata wanita itu lagi, watak Pokemon itu hilang sebaik dia bangun dari katil.

Pada masa sama, aplikasi Pokemon Go pada telefonnya masih dapat mengesan watak sama berada di katilnya.

Susulan itu, wanita berkenaan mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian itu tetapi kecewa apabila diminta menemui pakar sakit jiwa kerana tidak mempercayainya.

Laman web Russia, Bloknot melaporkan, pihak polis juga tidak mempercayai dakwaan wanita itu dan memintanya mendapatkan rawatan sakit jiwa.

Selain itu, rakannya, Iwan Makarov berkata, terlalu banyak watak Pokemon di kediaman wanita itu hinggakan anjing peliharaanya juga menyalak kerana dapat mengesan kehadiran raksasa kartun itu.

Permainan yang menjadi kegilaan ramai itu telah dimuat turun 15 juta kali pada minggu pertama aplikasi itu diperkenalkan secara percuma di Amerika Syarikat pada Julai lalu.









Pokemon Go, Bloknot, Russia, Iwan Makarov

Artikel Sebelum

Artikel Lain