ASCOLI PICENO (Itali): Angka kematian akibat gempa bumi di tengah Itali meningkat kepada 284 orang pada Sabtu. Lebih banyak mayat dijumpai di bandar Amatrice yang paling terjejas teruk. Gempa bumi yang melanda Itali pada Rabu lalu mengakibat kematian sekurang-kurangnya 224 pelancong dan penduduk tempatan. Presiden Itali, Sergio Mattarella melawat Amatrice menggunakan helikopter pada Sabtu bagi melihat sendiri kerosakan yang berlaku di bandar itu. - Reuters