MANILA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegar Mindanao di selatan Filipina pada Ahad, lapor Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Gegaran itu melanda pada kedalaman cetek 10 kilometer, kira-kira 12 kilometer ke barat laut bandar Hinatuan.
Setakat ini tiada sebarang laporan membabitkan kecederaan, kerosakan mahupun amaran tsunami dikeluarkan.