suria

Bayi Pertama Lahir Tanah Suci Pada Musim Haji

RIYADH: Seorang bayi perempuan dinamakan sebagai Mina, satu daripada tempat umat Islam menjalankan ibadah haji apabila dia menjadi bayi pertama yang lahir di sebuah hospital di tanah suci Mekah pada musim haji tahun ini.

Berita gembira itu turut mendapat perhatian kerajaan Arab Saudi apabila Kementerian Kesihatan membuat pengumuman menerusi laman sosial Twitter pada Isnin.

Ibu bayi itu melahirkan anaknya menerusi pembedahan dan kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Menurut laporan akhbar al-Youm, ibu bapa bayi tersebut berasal dari Afghanistan dan dia dilahirkan di hospital di Mina.

Pasangan yang enggan dikenali itu berkata, memilih nama Mina sempena nama tempat bayi mereka dilahirkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain