suria

Pesawat Mendarat Cemas Akibat Langgar Helang

KHARTOUM: Pesawat syarikat penerbangan Sudan, Tarco Air, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas muncung pesawat itu rosak teruk akibat terlanggar seekor burung helang, baru-baru ini.

Menurut laporan Aviation Herald, insiden tersebut berlaku pada 10 September lalu apabila pesawat itu baru berlepas dari Lapangan Terbang El Fasher di ibu negara Sudan, Khartoum.

Jelas laporan itu, pesawat Boeing 737 dengan kod penerbangan 3T-400 terlanggar burung helang yang muncul secara tiba-tiba di laluan penerbangan, menyebabkan muncung pesawat berlubang.

Bagaimanapun pesawat terbabit berjaya mendarat dengan selamat dan kesemua 108 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang daripada penumpang, Usamah Mohamed sempat memuat naik gambar kerosakan pesawat itu menerusi laman sosial Twitter.

“Pesawat yang membawa 108 penumpang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan sebelum dirempuh oleh… burung helang!" katanya.

Kes pelanggaran antara pesawat dan burung jarang berlaku kerana kebanyakan lapangan terbang memiliki cara untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengganggu laluan penerbangan.

Pendaratan Cemas, Langgar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain