Insiden itu berlaku kira-kira 100 meter ke barat Kathmandu, kata para pegawai.
Ketua pentadbir Chitwan Binod Prakash Singh berkata mereka dalam perjalanan ke Kathmandu apabila kenderaan Scorpio SUV terjunam ke dalam Sungai Trisuli menyebabkan tiga maut.
Beliau berkata tiga orang lagi termasuk Ghimire hilang sementara pemandu kenderaan SUV itu berjaya diselamatkan.
Jep itu tenggelam dalam sungai dan harapan untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis, kata Singh.
"Bagaimanapun, usaha mencari sedang dijalankan dengan harapan ketiga-tiga mangsa mungkin terselamat", kata beliau.
Menurut Singh, Ghimire memandu jep tersebut dan meminta pemandunya duduk di sebelahnya ketika insiden itu berlaku.
Ghimire pernah berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dan menteri luar pada 2013.