suria

China Bina Komputer Berkelajuan Tinggi

Sunway Taihulight milik China merupakan komputer terpantas di dunia. - Ihsan Imagechina

BEIJING: China mula membina prototaip komputer berkuasa tingi yang mampu beroperasi 10 kali ganda lebih laju berbanding sistem komputer terpantas yang wujud di dunia ini.

Menurut agensi berita Xinhua, kapasiti pengiraan model terbaharu komputer itu menyamai 20 juta komputer atau seluruh populasi di dunia perlu menggunakan kalkulator secara serentak selama 320 tahun untuk melakukan pengiraan komputer tersebut yang hanya mengambil masa seminit.

Malah komputer terpantas di dunia ketika ini, Sunway Taihulight juga dibangunkan oleh kerajaan China dan Pusat Kajian Teknologi dan Kejuruteraan Komputer Kebangsaan akan membina sebuah lagi komputer yang lebih laju.

Komputer tersebut akan memiliki keupayaan melakukan 1,000 quadrilion sesaat iaitu 10 kali ganda lebih pantas berbanding Sunway Taihulight.

Pengarah Pusat Komputer Berkemampuan Tinggi Kebangsaan, Yang Meihong berkata, komputer baharu itu akan dibinua di Jinan dan merupakan usaha China untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi Barat.

Komputer berkemampuan tinggi boleh melaksanakan banyak tugas termasuk misi pencarian minyak, perubatan biologi dan reka bentuk animasi.

Berdasarkan Persidangan Komputer Antarabangsa, China memiliki 167 daripada 500 buah komputer berkelajuan tinggi yang terdapat di seluruh dunia.

China, Komputer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Elak Kunjungi Jakarta Jumaat Ini

Artikel Lain