suria

Tiga Beradik Merempat Akibat 'Dibuang' Ibu Bapa

BEIJING: Polis China tempatan telah campur tangan bagi membantu tiga kanak-kanak di timur negara itu mencari perlindungan selepas ibu bapa mereka telah meninggalkan tiga bersaudara itu terkontang-kanting dengan tiada saudara-mara sudi menjaga mereka.

Tiga beradik ini yang terdiri daripada seorang budak perempuan berusia sembilan tahun dan adik-beradik kembarnya berusia dua tahun ditinggalkan di sebuah restoran di bandar Luan, wilayah Anhui, selepas dibawa oleh ibu mereka ke sana untuk menghadiri jamuan, lapor Anhuinews.com .

Selepas ibu kanak-kanak itu didapati hilang, salah seorang ibu saudara mereka, yang juga hadir ke majlis itu telah membawa kanak-kanak itu ke rumah seorang bapa saudara mereka yang tinggal di kawasan berdekatan.

Tetapi bapa saudara mereka itu enggan bertemu mereka bertiga atau menawarkan tempat tinggal, menurut laporan itu.

Mereka kemudian ditahan oleh pihak polis, yang sebelum itu cuba untuk menghubungi ibu bapa mereka tetapi gagal.

Polis kemudian menghubungi seorang lagi bapa saudara dan datuk kanak-kanak tersebut tetapi kedua-duanya enggan bertanggungjawab.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke rumah seorang lagi datuk mereka. Orang tua itu juga tidak membuka pintu, berpura-pura seperti tidak ada sesiapa di rumah.

Ini diketahui apabila pegawai berkenaan cuba menjenguk melalui tingkap dan melihat beliau berada di atas katil. Lelaki itu tidak membuka pintu walaupun tiga cucunya berulang kali memanggilnya.

Institut kebajikan kanak-kanak tempatan pada mulanya tidak mahu menerima kanak-kanak itu kerana mereka masih mempunyai saudara-mara terdekat yang dapat dikesan. Tetapi mereka akhirnya dibenarkan menginap di situ buat sementara waktu.

Pegawai polis berkata, mereka akan terus membantu kanak-kanak itu mencari tempat tinggal. - South China Morning Post
buang anak, tinggal anak

Artikel Lain