suria

Reza Haque Dapat Jolokan Jihadi John II

Video yang tersebar menunjukkan Mohammed Reza (dua dari kiri) sedang bersiap sedia untuk memenggal kepala mangsa tebusan IS.

ANGGOTA kumpulan pengganas kelahiran Britain, Mohammed Reza Haque mendapat jolokan Jihadi John II selepas dikesan memenggal kepala mangsa tebusan militan Negara Islam (IS).

Menerusi video propaganda pembunuhan kejam itu, dia dilihat berpakaian hitam menggunakan pisau memburu untuk melakukan perbuatan itu. Lima mangsa tebusan barat maut dalam insiden itu.

Gayanya dikatakan menyamai Jihadi John, Mohamed Emwazi, 27 yang bertanggungjawab membunuh warga Britain, David Haines, 44 dan Alan Henning, 47, juga rakyat Amerika Syarikat (AS), James Foley, 40; Steven Stoloff, 31 dan Peter Kassig, 26 sebelum dia sendiri terkorban dalam serangan dron yang dilancarkan AS ke atas Raqqa pada November 2015.

Pemuda berusia 36 tahun ini adalah pengikut setia dan pengawal peribadi ulama, Anjem Chaudary sejak 2011.

Mohammed Reza yang dikenali sebagai 'Giant' telah berlepas ke Syria pada 2014 melalui Cyprus dan Istanbul sebelum menggunakan jalan darat memasuki Syria.

Video 14 minit yang tersebar seminggu lalu itu mendedahkan tindakan Mohammed Reza bersama empat anggota IS lain. Ia rakaman kedua melibatkan Mohammed Reza selepas Januari lalu.

Hukuman terhadap mangsa kerana mereka didapati bertindak sebagai pengintip untuk tentera baharu Syria yang digunakan AS untuk menyasarkan militan IS.

Rakaman dan pembunuhan itu sebagai mesej daripada IS kepada tentera Iraq yang menyerang dan melumpuhkan kedudukan militan itu di Mosul.

Reza Haque, Jihadi John

Artikel Sebelum

Duterte Tolak Kerjasama AS

Artikel Berikut

Artikel Lain