suria

Kes Hina Quran: Ahok Tetap Dibicarakan

JAKARTA: Sebuah mahkamah Indonesia pada Selasa membuat keputusan untuk meneruskan perbicaraan kes penghinaan al-Quran yang membabitkan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.

Barisan hakim menolak permohonan peguam bela Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok untuk menggugurkan kes tersebut atas alasan melanggar prosedur dan hak asasi ahli politik berketurunan Cina itu.

"Pengecualian oleh defendan dipertimbangkan dan diputuskan oleh mahkamah selepas penilaian dilaksanakan terhadap semua bukti. Pengecualian defendan tidak diterima," kata Hakim Abdul Rosyad.

Pada 13 Disember lalu, Ahok menafikan dakwaan tersebut pada sesi pendengaran pertama kes itu.

Ahok mencetuskan kontroversi sehingga mengundang demontrasi besar-besaran di negara majoriti didiami oleh penduduk Islam apabila memetik ayat al-Quran ketika berkempen pada pilihan raya Gabenor September lalu.

Beliau bertanding dalam pilihan raya tersebut untuk dipilih lagi sebagai Gabenor dan berdepan saingan dua calon beragama Islam.

Jika didapati bersalah, Ahok boleh dipenjarakan sehingga lima tahun penjara kerana menghina agama Islam.

Basuki Tjahaja Purnama, Ahok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain