suria

Enam Mati Terkurung Dalam Bilik Mandi

JAKARTA: Polis pada Selasa menemui enam orang termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun mati lemas dalam bilik mandi bersaiz kecil selepas perompak bersenjata mengurung mereka pada hari sebelumnya.

Jenayah kecil adalah perkara biasa di Jakarta yang dipenuhi 10 juta orang, tetapi jenayah kekerasan termasuk rompakan bersenjata jarang berlaku.

Pada Isnin terdapat sehingga empat kes pecah masuk ke kawasan kejiranan mewah, demikian menurut jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono.

Bagi kejadian rompakan yang membawa kepada penemuan mayat itu, perompak mengunci 11 individu termasuk ahli keluarga, pembantu rumah dan pemandu mereka di dalam bilik air bersaiz dua meter kali satu meter.

Mereka hanya ditemui terkurung di dalamnya pada awal pagi Selasa, kata Yuwono.

"Perompak membawa senjata api dan parang," kata Yuwono memetik kenyataan saksi.

Lima mangsa lain berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke hospital.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain