suria

"Wanita Besen" Meninggal Dunia Pada Usia 19 tahun

GAMBAR kenangan Rahman bersama adik lelakinya yang berusia 10 tahun.

ABUJA: Seorang remaja perempuan di Nigeria yang digelar sebagai 'wanita besen' meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas menghabiskan masa berbelas tahun hidup di dalam bekas plastik.

Rahma Haruna menjadi terkenal di seluruh dunia apabila gambar dirinya di dalam besen diangkat oleh adiknya berusia 10 tahun tersebar di laman sosial.

Rahma  terpaksa hidup di dalam bekas tersebut kerana pembesaran badannya terhenti sejak kecil.

Jurugambar yang mengambil foto Rahman, Sani Maikatanga, mengesahkan kematian remaja tersebut menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Twitter.

Wanita itu menulis, "Rahma Haruna, remaja berusia 19 tahun, meninggal dunia pada 25 Disember 2016. Semoga dia ditempatkan di Syurga Firdaus. Amin."

Rahma yang berasal dari Kano, utara Nigeria, pada mulanya disangka bayi yang sihat ketika dia dilahirkan tetapi sebenarnya menghidap penyakit misteri yang mengganggu tumbesaran tubuhnya.

Dia juga menderita akibat penyakit misteri tersebut dan perlu diletakkan dalam bekas plastik untuk mudah diangkat oleh keluarganya.

Sebelum kematiannya, Rahma diberikan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

Remaja itu juga pernah mendedahkan keinginannya untuk menjadi peniaga dan membuka kedai runcit.

Rahma Haruna

Artikel Berikut

Artikel Lain