MEXICO CITY: Kelahiran seorang bayi berkepala dua di Mexico mencuri tumpuan dunia apabila video kanak-kanak itu dikongsikan dalam laman media sosial sejak minggu lalu. Dalam rakaman itu yang disiarkan 6 Januari lalu, kelihatan jururawat memegang bayi berkenaan dengan keadaan tiub dipasang melalui hidung di kedua-dua kepalanya. Pihak perubatan di Mexico enggan mengulas lanjut tentang kes kelahiran luar biasa itu tetapi mengesahkan ibu dan bayi berkenaan dalam keadaan stabil. Selain itu, pihak hospital juga difahamkan masih memikirkan beberapa perancangan terhadap bayi lelaki tersebut. Kelahiran bayi tersebut berlaku di bandar Ciudad Juarez pada minggu lalu dan hanya berlaku sekali dalam setiap 100,000 kelahiran.