suria

'Obama' Pilihan Calon Pilihan Raya Bekasi

'OBAMA' menjadi nama singkatan yang menjadi pilihan satu daripada lima pasangan calon pilihan raya wilayah Bekasi di Jawa Barat.

Aktivis parti Buruh yang juga salah seorang calon yang bertanding, Obon Tabrona dan rakannya, Bambang Sumaryono memilih nama itu sempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

"Obama" adalah tiket bebas yang dibenarkan bertanding  selepas memperoleh sokongan daripada 143,222 penduduk Bekasi.

"Kami terfikir singkatan itu secara sponton. Salah seorang daripada kami berkat,"Kita panggil saja Obama", dan kami semua sepakat bersetuju," kata ketua pasukan kempen Obon, Nono Mitsuba kepada Jakarta Post pada Jumaat.

"(Barack) Obama adalah seorang yang disegani. Dia presiden kulit hitam pertama yang mengambil berat kebajikan penduduk negaranya. Kami harap Obon dapat menjadi pemimpin seperti itu," tambah Nono.

Calon yang mempertahankan kedudukannya, Neneng Hasanah Yasin-Eka Supriatmaja pula memilih "Neneng Yes".

Bagi pasangan Iin-Farihin dan Mahdfudz Al-Hafidz, mereka menggunakan panggilan "Iman".

Satu lagi pasangan calon pilihan raya memilih "Menarik" sebagai singkatan untuk Meilina Kartika Kadir dan rakannya, Abdul Kholik.

Lima pasangan calon itu akan dipilih 1.9 juta pengundi di wilayah itu.

Obama, Obon, Bekasi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain