suria

Kru Kabin BA, Tube London Mogok Februari Ini

KRU kabin British Airways (BA) dan kakitangan kereta api bawah tanah London merancang untuk melancarkan mogok pada awal Februari ini.

Keputusan pekerja Tube London itu dibuat kerana tidak berpuas hati berikutan penutupan dua pejabat jualan tiket baru-baru ini.

Mereka menetapkan mogok selama 16 jam dari pukul 6 petang pada 5 Februari hingga 10 pagi pada hari berikutnya, manakala mogok kedua pula selama 15 jam bermula pukul 10 pagi pada 7 Februari hingga 1 pagi pada 8 Februari.

Bagi kru kabin BA pula, mereka akan mogok selama enam hari bulan depan iaitu pada 5,6 dan 7 Februari  dan seterusnya tiga hari lagi bermula 9 Februari susulan isu gaji.

Pekerja yang menyertai BA sejak 2010 bersatu untuk menentang tindakan pengurusan syarikat penerbangan itu selepas menggariskan kadar gaji yang dianggap paling teruk, demikian menurut kesatuan sekerjanya.

Minggu lalu, kru kabin BA telah melancarkan mogok, bagaimanapun ia hanya menyebabkan sebilangan kecil jadual penerbangan terpaksa dibatalkan.

Berdasarkan tarikh dan tempoh mogok yang dirancang itu, tentunya ia akan memberi kesan terutama penduduk sekitar London yang kerap menggunakan pengangkutan kereta api bawah tanah, selain pelancong dalam dan luar negara yang telah merancang penerbangan menggunakan BA.- Mailonline

BA, London

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain