suria

Barongsai Dalam Air Rai Pengunjung Ancol Jakarta

SEMPENA sambutan Tahun Baharu Cina, tarian singa memang suatu kebiasaan. Bagaimanapun lain pula bagi Taman Tema Laut di Ancol apabila ia dipersembahkan dalam air.

Dijadualkan pada 1.30 petang untuk dua hari iaitu 28 dan 29 Januari, ia dipertunjukkan di akuarium utama.

Pertunjukkan barongsai menyaksikan penari akan menyelam bersama ribuan ikan dengan gaya mempersonakan.

Menurut kompas.com, persembahan barongsai juga boleh ditonton di kawasan lain sekitar Ancol seperti Taman Tema Air pada 1.10 petang dan 3.10 petang pada hari pertama Tahun Baharu Cina, manakala di taman tema Ocean Dream Samudra pula, penari akan menari bersama ikan lumba-lumba.

Sementara itu, Dunia Fantasi juga bersedia mengagihkan ang pau sebagai memenuhi budaya sempena sambutan perayaan itu. Ia dijadualkan pada hujung minggu ini pada pukul 4.30 petang.

Pengurusan Ancol dikatakan telah menyiapkan 2,568 sampul ang pau bernilai antara Rp5,000 hingga Rp100,000, selain makanan dan minuman.

Kemuncak sambutan Tahun Baharu Cina di Ancol akan berlangung di Pantai Lagon bermula 4.30 petang hingga 7 malam juga mempersembahkan barongsai, tarian dan persembahan wushu dan disusuli dengan pelepasan 300 tanglung.

barongsai, Ancol

Artikel Lain