suria

Runtuhan Salji: Lima Tentera India Kritikal

SRINAGAR: Lima anggota tentera India berjaya diselamatkan apabila tertimbus dalam kejadian runtuhan salji di Kashmir yang telah mengorbankan 20 nyawa awal minggu ini.

"Semua lima anggota tentera dapat diselamatkan dan kini menjalani rawatan," kata Kolonel Rajesh Kalia kepada AFP.

Anggota tentera itu bergerak arah sempadan di Machil berhampiran wilayah Pakistan apabila berlaku runtuhan sajli di laluan itu.

Seorang lagi pegawai tentera bagaimanapun memaklumkan, semua anggota yang diselamatkan itu kini dalam keadaan kritikal.

"Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan mereka tidak dapat diterbangkan ke hospital pangkalan di bandar Srinagar kira-kira 140 kilometer," katanya.

Pada Rabu, 15 anggota tentera India maut apabila dua kem dan pos rondaan juga akibat runtuhan sajli.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa dua hari untuk mengeluarkan mayat mangsa dari dalam timbunan salji tebal.

Selain itu, lima orang awam juga maut  termasuk empat sekeluarga apabila runtuhan salji menghempap kediaman mereka ketika sedang tidur.

Kashimir, salji, India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain