suria

Warga Australia Didakwa Fidofilia Dilarang Masuk Bali

Dua pesawat yang tiba dan berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali. Antara Photo/Wira Suryantala

JAKARTA: Seorang warga Australia dilarang memasuki Bali menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurai Rai susulan laporan Polis Antarabangsa (Interpol) yang mendakwanya seorang fidofilia.

Lelaki yang dikenakan sekatan imigresen itu dikenali sebagai DNW.

"Interpol sedang menjejaki DNW. (Terdapat) petunjuk bahawa dia terlibat dalam kes fidofilia di satu tempat. Kemungkinan dia diburu Interpol atau Polis Persekutuan Australia," kata jurucakap pejabat imigresen, Agung Sampurno kepada kompas.com pada Sabtu.

Agung berkata, DNW tiba di lapangan terbang pada Jumaat dengan menaiki penerbangan AirAsia dari Perth.

Dia kemudiannya dihantar pulang ke Perth pada kira-kira pukul 7 pagi Sabtu (waktu tempatan).

Menurut Agung, terdahulu pegawainya menerima notis daripada pihak berkuasa Australia mengenai ketibaan DNW.

"Kita berjaya mengesan lelaki berkenaan sejurus selepas dia tiba di sini, dan kita menghantarnya pulang," katanya.

Menurut data bahagian imigresen, seramai 652 warga asing dilarang memasuki Bali menerusi lapangan terbang itu pada tahun lalu. – The Jakarta Post/Asia News Network

Artikel Sebelum

Hakim AS Tolak Arahan Trump

Artikel Lain