suria

Trump Kalah Lagi, Mahkamah Tolak Rayuan

PENUNJUK perasaan berarak di depan Kedutaan AS di Hong Kong pada 5 Februari bagi menyatakan bantahan terhadap Donald Trump. - AFP

NEW YORK: Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) menolak rayuan yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman untuk mengembalikan perintah eksekutif Presiden Donald Trump bagi melarang kemasukan umat Islam ke negara itu.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Kesembilan menerusi satu kenyataan yang menjelaskan rayuan tersebut ditolak dan larangan yang dikeluarkan oleh Trump tidak boleh dilaksanakan buat sementara.

Perkembangan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada Trump yang menyuarakann keyakinan bahawa Jabatan Kehakiman mampu mengembalikan larangan kemasukan rakyat dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen.

"Kita akan menang. Demi keselamatan negara, kita pasti menang," kata Trump sehari sebelum rayuan tersebut ditolak.

Berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan, James Robart, arahan yang dikeluarkan oleh Trump tidak sah dan dihentikan serta-merta, sekali gus tiada larangan dikuatkuasakan buat masa ini.

Arahan eksekutif Trump itu ternyata mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk masyarakat antarabangsa yang menyifatkan langkah berkenaan merupakan diskriminasi terang-terangan terhadap umat Islam.

Trump memberi alasan, langkah tersebut dibuat bagi mengekang elemen keganasan memasuki AS.

Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AS Ada Ramai Pembunuh - Trump

Artikel Lain