suria

Qatar Airways Lancar Penerbangan Terpanjang Di Dunia

Gambar hiasan. Foto Qatar Airways

QATAR Airways melancarkan perkhidmatan komersial berjadual terpanjang di dunia menerusi penerbangan sulung dari Doha ke Auckland pada Sabtu lalu.

Penerbangan bagi pesawat Boeing 777 itu mengambil masa 16 jam dan 20 minit.

Dari Doha, ia melalui 10 zon masa, lima negara dan terbang sejauh 14,535 kilometer sebelum tiba di Auckland.

Bagaimanapun menurut laman web Qatar Airways, penerbangan pulang mengambil masa 17 jam dan 30 minit berikutan angin pada altitud tinggi.

Menurut laman web flightradar24, ia menjadikan perkhidmatan penumpang terpanjang di dunia dari segi masa penerbangan.

Pada Mac tahun lalu, syarikat penerbangan Emirates melancarkan perkhidmatan penerbangan berjadual terpanjang di dunia, dari Dubai ke Auckland sejauh 14,200 kilometer. - Mail Online

Qatar Airways

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain