suria

Siapa Kim Jong-nam?

Kim Jong-nam (duduk, kanan) duduk bersebelahan bapanya, Kim Jong-il dalam potret keluarga yang diambil pada tahun 1981.

PETALING JAYA: Berita pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un ternyata mengejutkan masyarakat dunia terutamanya rakyat Malaysia kerana kejadian itu berlaku di negara ini.

Malah tiada siapa tahu atau ambil peduli tentang kewujudan Jong-nam sehinggalah kes pembunuhannya dilaporkan media pada Selasa.

Jong-nam sebelum ini pernah disebut-sebut sebagai pengganti satu-satunya dinasti komunis di dunia ini tetapi perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila dia dipaksa hidup dalam buangan sebelum kematian bapanya, Kim Jong-il pada 2011.

Sejak itu, dia hidup dalam persembunyian untuk mengelak daripada dikesan oleh kerajaan pimpinan adik tirinya, Jong-un yang menganggap Jong-nam sebagai ancaman.

Jong-nam dilahirkan di Pyongyang pada Mei 1971 dan merupakan anak sulung Jong-il yang memerintah Korea Utara bermula Oktober 1997 sehingga Disember 2011.

Pada awalnya, Jong-il cuba merahsiakan kewujudkan Jong-nam daripada bapanya, Kim Il-sung yang tidak merestui hubungannya dengan ibu Jong-nam, seorang aktres.

Jong-nam pernah belajar di Universiti Kim Il-sung dan berkhidmat dalam Tentera Rakyat Korea sehingga 1998 sebelum dilantik menjadi pegawai kanan dalam Kementerian Keselamatan Awam.

Malah ketika itu, Jong-il dilihat cuba menjadikan anaknya sebagai pengganti kedudukannya.

Selain itu, Jong-nam turut mengetuai projek pembangunan teknologi maklumat Korea Utara dan pernah menemani bapanya ke Shanghai pada Januari 2001 untuk membincangkan hal berkaitan sektor teknologi maklumat.

Namun empat bulan kemudian, Jong-nam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Norita di Tokyo bersama dua wanita dan seorang budak lelaki berusia empat tahun yang dikenalpasti sebagai anaknya.

Jong-nam kemudiannya mengembara ke Republik Dominican menggunakan pasport palsu selain menyamar sebagai Pang Xiong, tetapi dia ditahan selama tiga hari atas kesalahan tersebut.

Semasa disoal siasat, dia memberitahu pegawai imigresen bahawa dia mahu mengunjungi taman teman Disneyland Tokyo.

Kemudian Jong-nam dilaporkan melawat kawasan pelacuran di Tokyo sebanyak beberapa kali, sekali gus hal tersebut memalukan bapanya, Jong-il.

Malah bapanya membatalkan lawatan ke China dan mengusir Jong-nam ke Macau yang dipercayai menggunakan pasport palsu Portugal.

Jong-nam pernah mendedahkan, dia tidak berhasrat untuk membelot atau memiliki kepentingan untuk mengambil-alih kepimpinan di Korea Utara.

Tugas pemimpin Korea Utara diambil-abil oleh adik tirinya, Kim Jong-un susulan kematian mengejut Jong-il pada Disember 2011.

Walaupun hidup dalam buangan, Jong-un menganggap abangnya masih ancaman terhadap kepimpinannya lebih-lebih lagi Jong-nam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Korea Utara akan hancur disebabkan dikawal oleh pemimpin yang muda dan tidak berpengalaman.

Selain itu, Jong-nam pernah berkata bahawa dia menentang tindakan kerajaan Korea Utara menggunakan kekerasan untuk mengekalkan kuasa.

Jong-nam dilaporkan meninggalkan Maca pada hujung 2012 selepas bimbang terhadap keselamatan dirinya apabila seorang ejen Korea Utara yang ditahan di Korea Selatan mengaku memikul tugas untuk membunuhnya pada Julai 2010.

Malah beberapa laporan mendakwa, cubaan untuk membunuh Jong-nam gagal dilaksanakan tidak lama selepas kematian Jong-il.

Jong-nam kemudiannya menghabiskan masa di Singapura sebelum dilihar di Malaysia pada Januari 2014, selepas adik tirinya mengarahkan hukuman mati terhadap pakciknya sendiri, Jang Song-thaek.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain