PEMAIN pertahanan Manchester United, Phil Jones mendapat kencaman daripada bekas tukang cucinya yang mendakwa pemain bernilai £20 juta (RM110.65 juta) itu bertindak memecat mereka hanya kerana meminta wang petrol bagi membantu pemain itu berpindah rumah. Portal Mail Online melaporkan pasangan suami isteri Nigel dan Angela Stubbs meminta wang petrol £300 (RM1,659.74) daripada pemain yang memperoleh bayaran kira-kira £80,000 (RM442,612.76) seminggu. Wang itu diminta selepas mereka membantu Jones dan tunangnya, Kayla Hall berpindah ke rumah agam baharu bernilai £5 juta (RM27.67 juta). Pasangan itu berkata, mereka dipecat pada November tahun lalu dengan hanya diberikan notis selama enam jam. Tindakan Jones itu menyebabkan mereka hilang mata pencarian berikutan pemain itu sebelum ini mengambil mereka bekerja sepenuh masa. - Mail Online