suria

Patung Voodoo Rasuk 30 Penduduk Kampung

SEKURANG-KURANGNYA 30 penduduk di sebuah kampung di Nicaragua, dipercayai dirasuk syaitan susulan penemuan sebuah patung yang didakwa digunakan untuk pemujaan.

Kejadian itu berlaku di kampung Santa Tomas dekat Waspan di selatan negara tersebut apabila penduduk di sana dikatakan menderita penyakit 'sakit gila' atau dikenali sebagai grisi siknis dalam kalangan masyarakat tempatan.

Sindrom grisi siknis sering berlaku dalam masyarakat Amerika Tengah dengan pesakit akan mendapat simptom yang saling bertukar termasuk resah, marah, takut dan kepeningan.

Malah penduduk yang diserang penyakit itu dikatakan boleh melihat wajah syaitan menyebabkan mereka meracau dengan lebih teruk.

Lebih menakutkan, setiap kali seorang penduduk dirasuk, mereka akan menamakan mangsa seterusnya untuk menerima nasib yang sama.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita tempatan yang dikenali sebagai Marisella, dipanggil untuk merawat jiran-jirannya yang dirasuk.

Dia membuat penawar menggunakan air yang disembur pada mangsa selain memasang 'pagar' untuk melindungi kampung itu daripada anasir jahat.

Hasil siasatan lanjut, Marisella mendapati insiden rasukan itu disebabkan sebuah patung pemujaan atau voodoo yang ditemukan dalam kawasan kampung berkenaan.

"Patung yang dibalut dengan riben hitam dan tanda salib dilakar pada bahagian mukanya ditemukan di sebatang jalan.

"Patung itu membawa semangat jahat dan merasuk orang kampung," katanya seperti dilaporkan portal Mirror.uk.

Patung itu kemudiannya dibakar oleh penduduk kampung.

Vodoo, Rasuk, Nicaragua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain