suria

Isteri Hilangkan Diri Selepas Beri Suami Minum Susu Beracun

BEIJING: Seorang petani yang terjaga selepas tidak sedarkan diri beberapa terkejut apabila mendapati isterinya hilang, begitu juga beberapa barangan di rumah mereka.

Pada malam 3 Mac lalu, isterinya memberikan segelas susu kepada lelaki berusia 52 tahun yang tinggal bersama isterinya serta anak saudara lelakinya yang berusia 12 tahun.

Tung Yunlong menetap di Harbin, wilayah Heilongjiang keliru apabila mendapati isterinya yang berusia 48 tahun itu tiada di rumah.

Pasangan yang berkahwin hampir 30 tahun dan mempunyai anak perempuan berusia 29 tahun melaporkan kejadian ke kepada polis.

Pihak polis yang kemudiannya mengambil gelas susu berkenaan untuk diuji mendapati ia mengandungi sisa racun herba.

Menurut petani itu, dia masih tidak dapat memikirkan punca isterinya menghilangkan diri atau cuba meracunnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu polis bahawa kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku kerana isterinya pernah hilang beberapa kali sejak enam bulan lalu.

Isterinya akan 'hilang' antara beberapa hari hingga sebelum sebelum pulang semula ke kediaman mereka, bagaimanapun pasangan itu dikatakan jarang bertengkar.

Setakat ini, polis masih menyiasat kes berkenaan. - South China Morning Post

Harbin, Tong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain