suria

Wanita Terakhir Abad Ke-19 Meninggal Dunia

ROM: Emma Morano, warga Itali yang dipercayai wanita paling tua dan terakhir hidup sejak abad ke-19 meninggal dunia pada usia 117 tahun.

Media Itali melaporkan Morano dilahirkan pada 29 November 1899 meninggal dunia di kediamannya di Verbania, bahagian utara Itali.

Menurut doktor peribadinya, Dr Carlo Bava, wanita yang menetap di Verbania berhampiran Tasik Maggiore itu menghembuskan nafas terakhirnya ketika duduk di kerusi.

"Emma pergi dengan tenang dan ia sesuatu yang melegakan.

"Dia banyak menghabiskan masa dengan tidur dan kurang bercakap kebelakangan ini dan makan telur mentah serta biskut," katanya yang menjadi doktor peribadi kepada Morano sejak 25 tahun lalu.

Morano pernah berkahwin pada usia 26 tahun dan mempunyai bayi lelaki pada 1937, bagaimanapun bayi itu meninggal dunia pada usia enam bulan.

Setahun kemudian dia berpisah dengan suaminya yang panas baran dan sering menderanya.

Morano meneruskan kehidupannya dengan bekerja di kilang sehingga berusia 65 tahun.

"Beliau memiliki satu kehidupan yang cukup luar biasa dan kekuatannya akan dijadikan semangat untuk kita meneruskan hidup pada masa akan datang," Datuk Bandar Verbania dipetik sebagai berkata. - AFP


Emma Morano, Verbania

Artikel Sebelum

Artikel Lain