IMPIAN seorang wanita dari Bristol, Britain untuk membawa anak- anaknya bercuti ke taman tema Disneyland di Florida, Amerika Syarikat akhirnya tercapai. Walaupun dikecam sebagai pengemis online dan dipersendakan pengguna internet kerana dikatakan menyalahgunakan laman sesawang kebajikan GoFundMe , Nikki Smith, 33 tahun yang juga merupakan pekerja hospital berjaya mengumpulkan £6,500 atau RM36,000.