SEORANG lelaki bersenjata yang diberitahu polis bahawa suspek membenci orang kulit putih menembak mati tiga orang di jalan di bandar Fresno, California pada Selasa, kata pihak berkuasa. Suspek yang dikenal pasti sebagai Kori Ali Muhammad melepaskan sekurang-kurangnya 16 tembakan dalam tempoh kurang seminit di empat lokasi di Fresno pada kira-kira 10.45 pagi Selasa waktu tempatan (1.45 pagi Rabu waktu Malaysia). Dia kemudiannya ditahan polis. Suspek berusia 39 tahun itu dikehendaki polis membabitkan kes tembak mati seorang pengawal keselamatan yang tidak bersenjata pada minggu lalu. Selepas melepaskan tembakan, suspek melarikan diri sebelum dikesan anggota polis. Ketua polis, Jerry Dyer bercakap kepada pemberita: "Dia dengan serta-merta merebahkan badannya ke tanah sebelum ditahan polis." "Dia tidak suka orang kulit putih," kata Dyer. Sekurang-kurangnya dua mangsa adalah orang kulih putih. - Mirror