BANGKOK: Seorang pemandu teksi ditahan di Nonthaburu pada Rabu selepas dilaporkan merogol seorang pelancong dari Brazil. Pesuruhjaya Biro Polis Wilayah 7, Pol Lt-General Sutthipong Wongpin, berkata Khamkhuncharoen Khonchaturas, 44, ditahan selepas waran dikeluarkan oleh mahkamah Suphan Buri. Dia didakwa merogol seorang pelancong dan meninggalkan wanita itu di Suphan Buri pada Selasa. Pelancong wanita itu memberitahu, dia telah mengambil teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang menuju ke destinasi di Soi Thonglor selepas terbang dari Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang Selasa. - The Nation / News Network Asia