suria

"Jika Anda Rogol Tiga Wanita, Saya Akan..." - Duterte

Rodrigo Duterte. Foto AP

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Jumaat membuat jenaka bahawa tentera boleh merogol sehingga tiga wanita, di mana beliau akan bertanggungjawab di bawah undang-undang tentera yang baharu dilaksanakan.

Duterte membuat kenyataan itu semasa berucap di sebuah kem tentera.

“Bagi undang-undang tentera ini dan akibat pelaksanaannya, saya seorang akan bertanggungjawab. Lakukan tugas anda, saya akan uruskan yang lain.

“Saya rela dipenjarakan kerana anda. Jika anda merogol tiga (wanita), saya akan kata saya yang buat,” katanya.

Duterte, 72, yang memenangi pilihan raya presiden tahun lalu sering menggunakan bahasa kasar.

Duterte juga pernah mencetuskan kontroversi apabila berkata beliau mahu merogol seorang mubaligh warga Australia yang terperangkap dalam rusuhan penjara pada 1989 di Filipina dan dibunuh oleh penghuni lain. - AFP 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain