suria

Pakai Selipar, Skirt Menang Maraton

KEBIASAANNYA, ramai orang berlatih bertahun-tahun dan melabur ratusan atau ribuan ringgit untuk membeli kelengkapan profesional sebelum menyertai acara larian maraton.

Berbeza dengan seorang wanita asli dari Mexico, Maria Lorena Ramirez, yang tidak mempunyai kelengkapan sesuai termasuk pakaian sukan, berjaya melengkapkan larian sejauh 50 kilometer.

Malah lebih mengejutkan, Maria berjaya memenangi acara tersebut dengan hanya memakai skirt panjang dan selipar yang diperbuat daripada getah tayar.

Portal Oddity Central melaporkan, Maria berjaya mengalahkan peserta lain yang lebih mementingkan kasut dan stokin berkualiti tinggi, pakaian yang berjenama dan pengambilan minuman tenaga.

MARIA menewaskan peserta lain yang berpakaian lengkap untuk acara maraton. - Oddity Central

Wanita berusia 22 tahun itu hanya berbekalkan sapu tangan dan sebotol air minimum ketika menyertai acara tersebut yang disertai kira-kira 500 peserta dari 12 negara.

Orang asli Raramuri atau Tarahumara dikenali sebagai pelari terbaik di Mexico dan Maria dianggap merupakan pelari jarak jauh paling pantas dalam masyarakatnya sendiri.

Maria melengkapkan cabaran itu dalam tempoh tujuh jam dan tiga minit, sekali gus memenangi wang tunai sebanyak 6,000 peso Mexico (RM1,380).

Sebagai pengembala kambing, kejayaan Maria ternyata mengejutkan ramai peserta lain apatah lagi wanita itu tidak pernah menjalani sebarang latihan untuk menyertai acara tersebut.

Maria Lorena Ramirez, Maraton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain