suria

Pengsan Tidak Sengaja Terpecah Gelang RM113,915

Wanita pengsan selepas secara tidak sengaja terjatuhkan barang kemas sehingga pecah. Foto odditycentral

SEORANG wanita yang berkunjung ke sebuah premis menjual barangan kemas di wilayah Yunnan di China pengsan selepas tidak sengaja terjatuhkan gelang jed bernilai $26,500 (RM113,915) sehingga pecah.

Peraturan "anda pecahkan, anda perlu bayar" sering tidak dipedulikan pemilik premis apabila pelanggan secara tidak sengaja mengakibat botol minuman pecah, atau merosakkan barangan lain.

Bagaimanapun, peraturan tersebut merupakan idea yang baik sebagai langkah lebih berhati-hati untuk kedai barangan kemas.

Anda mungkin perlu membayar sekiranya memecahkan barangan kemas tersebut.

Gelang jed yang terpecah dua.

Pelancong wanita yang berkunjung ke pasar jed Ruili Jiegao pada Selasa lalu tidak bernasib baik selepas tidak sengaja menjatuhkan gelang jed sehingga pecah.

Wanita berkenaan pengsan selepas dimaklumkan perlu membayar ganti rugi bagi barangan tersebut yang berharga $44,100 (RM189,515).

Bagaimanapun, selepas meneliti peraturan dan rundingan, gelang yang pecah itu hanya bernilai $26,500 (RM113,915). - odditycentral

Artikel Sebelum

Mayat Dipenggal Militan

Artikel Berikut

Artikel Lain