suria

Perkahwinan Remaja 16 Tahun Dengan Nenek 71 Tahun Direstui

-foto detik.com

SELAMAT Riayadi, 16, dari Sumatera Selatan, Indonesia telah berkahwin dengan cinta hatinya, Rohaya, 71.

Mereka sanggup bunuh diri jika perkahwinan mereka tidak direstui.

Pada Sabtu, perkahwinan mereka selamat dilangsungkan di rumah ketua kampung Karangendah. Perkahwinan mereka diadakan pada waktu malam untuk mengehadkan bilangan tetamu yang datang gara-gara kisah cinta mereka yang luar biasa. Ratusan orang hadir ke perkahwinan istimewa mereka.

Jarak 55 tahun antara pasangan tersebut menjadi punca perkahwinan mereka tidak direstui pada mulanya tetapi, Selamat berjaya meyakinkan ibu bapanya untuk menghadiri majlis itu.

Namun, keluarga Rohaya sukar untuk menyatakan persetujuan mereka kerana dia seorang janda yang pernah berkahwin dua kali serta mempunyai anak lelaki berusia 19 tahun. Oleh itu, abangnya, 75, khuatir perkahwinan mereka bakal memalukan keluarga.

Mengikut adat dan tradisi, Selamat meminta restu anak Rohaya untuk mengahwininya. Dia sangat terkejut, sebelum meminta Selamat meminta izin ketua kampung, Kuswoyo. Dia bersetuju untuk menikahkan mereka jika mereka menerima restu keluarga.

Abang Rohaya, Raup tidak mengetahui tentang perkara itu dan pasangan itu pergi menemui Kuswoyo bersama-sama dan mengugut untuk membunuh diri mereka jika perkahwinan mereka tidak diadakan.

Kata mereka, tidak kira dugaan apa yang menimpa, mereka tetap akan bersama. Akhirnya, Raup menyatakan persetujuannya dengan berat hati dan menjadi wali kepada Rohaya.

Gambar dan video perkahwinan mereka tular di media sosial tetapi ramai masih tidak percaya perkara itu terjadi. Kuswoyo telah mengesahkan berita perkahwinan itu benar dalam wawancara atas talian dengan akhbar Indonesia Detik.

Pasangan itu benar-benar dilamun cinta tanpa apa-apa motif seperti kewangan kerana kedua-duanya bukan orang senang. Menurut Kuswoyo, Selamat memberikan keluarga Rohaya hantaran sebanyak Rp 200,000 (RM64.28) sahaja.

Walaupun perkahwinan mereka perkara yang luar biasa, menurut beberapa media berita Indonesia, reaksi netizen sangat positif. Kata Kuswoyo, ratusan orang melawat pasangan itu dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Percaya atau tidak, perkahwinan seperti ini adalah kali kedua yang berlaku di Indonesia. Pada Februari tahun ini, OddityCentral menulis tentang perkahwinan antara Sofian Loho Dandel, 28, dan Martha yang berusia 82.

nikah nenek, Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Parlimen Venezuela Diserang

Artikel Lain