suria

Misteri Kes Pecah Masuk, Kemas Rumah

SEORANG lelaki dikejutkan dengan keadaan dalam kediamannya yang bersih, dipercayai dilakukan penjenayah yang memecah masuk rumahnya itu.

Dalam kejadian itu, lelaki dari Arlington, Virginia itu yang baru pulang pada lewat malam keliru apabila melihat rumahnya sudah dibersihkan dan beberapa barangannya berpindah tempat.

Dia menghubungi polis kawasannya dan melaporkan bahawa rumahnya telah dipecah masuk.

Anehnya, tiada barang yang hilang dari rumah berkenaan.

Jurucakap polis, Ashley Savage berkata, hasil pemeriksaan mendapati ada yang telah memecah masuk rumah itu.

Savage tidak boleh mendedahkan secara terperinci mengenai apa yang dibersihkan kerana insiden itu masih dalam siasatan polis.

Menurut laporan WRC-TV, lelaki itu memberitahu polis bahawa dia tidak mempunyai orang gaji.

Lelaki itu juga berkata, dia tidak melihat kelibat orang yang membersihkan rumahnya itu.

Siasatan masih tidak dapat merungkai identiti misteri suspek.



Arlington, Savage

Artikel Berikut

Artikel Lain