DUA orang bertarung nyawa dan lima lagi semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital akibat serangan senjata tajam (pisau) di Rusia pagi Sabtu. Penyerang yang memakai jaket bunuh diri palsu itu ditembak mati oleh polis dalam kejadian yang berlaku di jalan sibuk di pusat bandar Rusia, Surgut iaitu sekitar pukul 11.20 pagi waktu tempatan. Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata, suspek menyerang pejalan kaki dan menikam seramai lapan orang awam. Seorang jurucakap menambah bahawa polis bersenjata kemudian menumpaskan penyerang itu. Sementara itu, tiada mangsa yang terbunuh dalam insiden terbabit namun mereka memerlukan rawatan kecemasan dengan segera, kata polis. Penyerang itu sudah pun dikenalpasti dan mungkin mempunyai masalah mental, kata Menteri Dalam Negeri Rusia. - Daily Mail