suria

Paramedik Di Britain Mula Dibekalkan Antidot Agen Saraf VX

PARAMEDIK telah dibekalkan dengan antidot (penawar) kepada beberapa agen saraf pembawa maut di tengah-tengah kebimbangan rancangan pengganas melancarkan mogok kimia ke Britain.

Beribu-ribu ahli medik barisan hadapan telah menerima peranti yang mampu memerangi agen saraf VX atau sarin, selain menjalani latihan tentang apa yang harus dilakukan ketika berlakunya serangan maut besar-besaran.

Ketua-ketua keselamatan bimbang mereka yang dipengaruhi oleh Negara Islam (IS) tidak berfikir tentang moral dengan menggunakan bahan-bahan tersebut untuk membunuh dan mencetuskan panik.

Polis Malaysia berkata,  abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam maut dibunuh menggunakan agen saraf VX di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Februari.

VX adalah sepuluh kali lebih bahaya berbanding sarin dan dianggap sebagai agen saraf yang paling bahaya yang pernah dicipta.

Ia telah diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah besar-besaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Propaganda yang disiarkan dalam talian oleh kumpulan keganasan menggesa para pengikutnya untuk cuba mendapatkan senjata kimia.

Dokumen yang diperolehi oleh Daily Mail mendedahkan mereka yang berada dalam bidang kesihatan utama telah mengeluarkan peranti penyuntik automatik kepada anggota di barisan depan.

Turut dibawa oleh tentera, ia berkesan dalam merawat racun yang dipanggil 'organofosfat', termasuk sarin dan VX.

Kedua-dua bahan kimia ini boleh menyebabkan kematian dalam beberapa minit dengan menyerang sistem saraf badan.

Mangsa mungkin pada awalnya akan berasa pening atau mual sebelum mengalami kekejangan yang tidak dapat dikawal ketika mereka bergelut untuk bernafas.

agen saraf, sarin, VX

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain