suria

Selepas Hato, Kini Hong Kong, Macau Dibadai Pakhar

HONG KONG: Ribut kuat Pakhar melanda Hong Kong dan Macau, beberapa hari selepas taufan membadai seluruh kawasan selatan China dan meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa.

Kedua-dua bandar raya itu mengeluarkan isyarat Taufan 8 pada awal pagi Ahad, tahap ketiga tertinggi, ketika ribut tropika Pakhar melanda wilayah itu.

Membawa angin selaju 130 kilometer sejam, Pakhar, dinamakan sempena ikan air tawar di Sungai Mekong, melanda selatan China ketika Macau yang teruk terjejas masih belum pulih selepas dibadai taufan Hato.

Bedilan Hato hampir melumpuhkan lokasi perjudian itu Rabu lalu menyebabkan kasino berkenaan yang terpaksa bergelap dan banjir teruk.

Akibat kelajuan Pakhar, syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific dan Cathay Dragon membatalkan 50 penerbangan pagi ini dan menjangkakan lebih banyak penangguhan serta pembatalan.

Semua perkhidmatan feri di Hong Kong juga digantung.

Tahap amaran ribut Taufan 8 biasanya mendorong penutupan pasaran saham Hong Kong, sekolah dan perniagaan.

Ketika ini, kerajaan masih berdepan cabaran untuk memindahkan sejumlah besar sampah yang memenuhi jalan dengan jumlah yang dikumpul pada Sabtu sahaja sebanyak 2,600 tan. - AFP

Pakhar, Hato

Artikel Sebelum

Artikel Lain