KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Jawa, Indonesia pada 8.02 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu ialah 308 kilometer (km) barat daya Blitar, Indonesia dan 1,292km tenggara Tebedu, Sarawak. Gempa itu bagaimanapun tidak membawa sebarang ancaman tsunami, katanya. -Bernama