suria

Selori Bom Diletupkan, 231 Terbunuh

SERAMAI 231 dilaporkan terbunuh manakala lebih 275 lagi cedera selepas berlaku pengeboman terbesar dalam sejarah di Mogadishu.

Pihak berkuasa negara berkenaan menjangka jumlah kematian akan meningkat selepas kejadian bom menggunakan lori.

Dalam kejadian berhampiran sebuah kementerian utama kerajaan, sebuah lori yang sarat dengan bom telah diletupkan sehingga menyebabkan ramai yang terkorban.

"Hospital berada dalam keadaan bersedia menerima mangsa yang parah dan terbunuh. Kekejaman seperti ini tidak pernah berlau sebelum ini," kata Pengarah Hospital Medina, Mohamed Yusuf.

Mangsa yang berada tidak jauh daripada tempat kejadian berkata, letupan itu bukan sahaja merosakan meneterian berkenaan tetapi kawasan berdekatan.

"Semua mereka yang berada di situ hilang sekelip mata, saya tidak tahu bagaimana hendak beritahu," ujarnya.

Presiden Somalia, Mohamed Abdullahi menyeru rakyat negara itu tampil untuk membantu.

"Saya merayu semua rakyat Somalia untuk tampil menderma darah. Keluarlah membantu mangsa," jelasnya.

Somalia, Mogadishu

Artikel Berikut

Artikel Lain