BINTANG ini bernilai dianggarkan AS$800 juta (RM3.38 bilion), tetapi beliau dikesan masih hidup secara bersederhana. Masakan tidak, Madonna memilih kelas ekonomi semasa menaiki penerbangan Air Portugal dari London ke Lisbon, Portugal. Tindakan ikon muzik itu ternyata mengejutkan para penumpang, seakan tidak percaya bintang berusia 59 tahun itu sanggup melepaskan kelas pertama dengan kemudahantempat duduk jauh lebih luas dan selesa. Madonna memilih untuk duduk tepi tingkat di bahagian paling murah di mana tempat duduk berharga serendah £42 (RM235). Malahan, Madonna yang sering dilihat berpenampilan glamor hanya berpakaian ringkas tanpa mekap pada wajahnya dalam penerbangan itu. - Mail Online