suria

Pindah Ke Rumah Orang Tua Sebab Anak

Ada dan Tom kini terus tinggal bersama. Foto Liverpool Echo

ADA Keating yang merupakan seorang ibu berusia 98 tahun, baru-baru ini mengambil keputusan berpindah ke rumah jagaan orang tua di Huyton, Liverpool.

Ibu empat anak itu bukannya tidak dapat menjaga dirinya sendiri, sebaliknya mahu menjaga Tom, anak lelakinya yang berusia 80 tahun.

Tom Keating menghuni rumah jagaan Moss View pada 2016 selepas tidak berupaya lagi untuk menjaga dirinya sendiri.

Ibunya, Ada, menyertai rumah itu setahun kemudian selepas Tom dikatakan memerlukan sokongan.

Dua beranak itu yang berasal Wavertree tinggal di rumah jagaan itu selepas Tom tidak pernah berkahwin dan hanya tinggal bersama Ada sejak dulu.

"Saya ucapkan selamat malam kepada Tom di biliknya setiap mata dan saya akan datang lagi ucapkan selamat pagi. Anda tidak pernah berhenti jadi ibu," kata Ada kepada The Liverpool Echo.

"Saya gembira lihat ibu saya lebih kerap selepas dia tinggal di sini," kata Tom.

"Ibu begitu baik menjaga saya. Kadang-kadang dia akan nasihatkan saya supaya menjaga kelakuan," tambah Tom. - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Beradik Lari Ikut Tingkap

Artikel Lain