SYARIKAT rangkaian makanan segera KFC baru-baru ini bekerjasama dengan pembekal barangan pelik Jepun, Village Vanguard, untuk menghasilkan mandian yang mempunyai bauan seperti ayam goreng KFC. Bukan sahaja bentuk dan warnanya yang menyerupai ayam KFC, ia juga akan mengasilkan buih seperti ayam digoreng dalam minyak panas setelah dimasukkan ke dalam tab mandi. Photo: KFC/Village Vanguard/Livedoor Sebaik sahaja dimasukkan ke dalam air, buih-buih kecil karbon dioksida akan menghasilkan ilusi seperti sedang menggoreng yang mana airnya bertukar warna seperti minyak masak. Produk itu dikatakan akan menjadi kegilaan ramai di Jepun kerana masyarakatnya yang gemarkan produk pelik. Photo: KFC/Village Vanguard/Livedoor Bagaimanapun, KFC tidak berhasrat untuk menjual produk itu kepada pasaran terbuka. Produk itu hanya terhad untuk 100 peminat bertuah menerusi kempen yang diadakan di sebuah laman web Jepun. Kempen itu bermula pada 1 November dan akan berakhir pada 15 November ini.