suria

Model Seksi Akhirnya Mengaku Melaram Barang Pinjam

-foto Instagram Wachrin

SEORANG model lelaki seksi menimbulkan kemarahan netizen selepas sering memuat naik gambar kehidupan mewahnya walaupun memegang kad kebajikan masyarakat.

Salah satu gambar menunjukkan kad kebajikan yang dikeluarkan oleh kerajaan Thai untuknya diletakkan di bawah seutas jam tangan berjenama bersama secawan kopi mahal.

Apa yang dimuat naik Wachrin Tankuranan, 26, mencetuskan kemarahan pengguna Twitter sehingga dia tiba-tiba menjadi popular.

Netizen telah memeriksa gambar-gambar di akaun Instagram model ini yang mana mereka mendapati dia kerap memuat naik gambar dirinya makan di restoran mewah, menggunakan gajet jenama Apple, memakai produk jenama mewah dan minum kopi Starbucks.

Tetapi dia adalah pemegang kad kebajikan yang dikeluarkan kerajaan untuk rakyatnya yang gaji minima hariannya adalah dari THB308 hingga THB310 (kira-kira RM40), bergantung kepada wilayah yang didiami.

-foto Instagram Wachrin

Sebagai tindak balas kepada 'drama' di Twitter itu,  Tankuranan menegaskan bahawa dia benar-benar hidup susah, sambil menambah kebanyakan barang mewah yang dimuat naik di media sosial adalah milik rakan-rakannya.

"Mengenai Starbucks, ada masanya kawan saya akan ajak saya minum kopi. Kadang-kadang saya tak perlu membayarnya kerana saya pergi bersama rakan-rakan. Semuanya mereka punya," kata Tankuranan kepada Amarin TV.

"Saya hanya memuat naik gambar cantik-cantik di Twitter dan Instagram kerana semua orang melakukannya. Saya tegaskan bahawa saya tiada apa-apa harta," katanya.

Lebih buruk lagi, dia mengakui ada masanya dia tidak mempunyai wang selama beberapa bulan.

"Saya buat ulasan produk untuk hidup. Pendapatan saya tidak dijamin. Beberapa bulan, saya langsung tiada pendapatan, dan kadang-kadang saya hanya menggunakan produk itu secara percuma.

"Saya hanya orang biasa yang tak berduit. Saya tak kacak atau kaya," tambahnya.

-foto Instagram Wachrin

Ketua Pengarah Jabatan Audit, Sutthirat Rotanachote berkata dia telah dimaklumkan tentang keadaan ini dan akan menyiasat model berkenaan yang menjadi pertikaian.

Jika mereka mendapati Tankuranan tidak layak untuk program ini, kad kebajikannya akan dibatalkan.

Pada awal Oktober, kerajaan mengagihkan kad kebajikan kepada tujuh juta golongan berpendapatan rendah.

Untuk layak mendapat bantuan kebajikan sosial, gaji tahunan seseorang tidak boleh melebihi THB100,000 (kira-kira RM12,800), mempunyai kurang dari jumlah yang sama dalam akaun bank dan tidak boleh memiliki apa-apa harta.

Kad ini mengandungi bajet bulanan THB1,700-THB1,800 (kira-kira RM230) untuk rakyat Thai membeli barangan runcit, membayar bil air dan tambang pengangkutan. -coconutbangkok

model, kad kebajikan, ulasan produk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Korban Berdarah Bilik Darjah

Artikel Lain